THIS IS INTAN HUWAINA OFFICIAL BLOGGER . BE NICE . BE GENTLE . BE SOFT . (:

Thursday, July 3, 2014

MASAKAN MALAS #2 : ketika hujan turun #1

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua 
sudah masuk 6 hari tempoh berpuasa kita 
bagi yang beragama islam 
dah nak masuk seminggu kan ? 
cepatnya masa berlalu 
hai selamat datang kepada readers sekalian ,
aku tahu kebanyakan orang hanya melawat pages je ,
ade sampai tak terkira view ,
 nampaknya ramai jugak guitarist seluruh dunia ni yupp yang dokk cari easy guitar chord macam aku ni , aku ingat aku sorang je suka mende senang-senang :3 
hahahaha 
tapi tak pe , aku still nak share jugak !
degil

okay , 
kerana hujan tidak menyiram bumi , 
tiada kesejukan air yang mencurah dari langit 
tiada angin kencang bertiup yang membawa awan tebal
tiada suasana suram dan kegelapan langit 
yang tinggal hanyalah , 
matahari membahang setiap pelosok penjuru bumi
dugaan yang perlu ditempuh sekali setahun
oleh setiap umat yang bergelar manusia 

 aku suka sangat suasana waktu hujan 
sejuk je :) 
kalau sejuk-sejuk ni mesti lah rasa macam lapar je kan ?
rasa macam mulut ni nak ngap-ngap something
rasa macam best je kalau dapat hirup sup 
kann ? 

aku ade satu resepi sup yang best nak masak waktu hujan-hujan
sebab kadang hujan kan kejap je , tak lama
jadi kalau nak menikmati sup bersama suasana tersebut 
masakan yang dibuat mestilah segera dan sedap di makan :)

SUP TAUHU TELUR MAMA

yes , sup tauhu telur !
eheee , sebab sedapp dihirupp suam 
tauhu telur yang lembut mencair didalam mulut , perghhh ! 
memang sedap , sangat sedap , tambahan hawa dingin yang sejuk
membuatkan rasa sup bertambah sedap .

so ? nak masak macam mana ?
okay , macam ni 

bahan-bahan :: tauhu telur , bebola ikan , garam , serbuk perasa , cili api , 2 ulas bawang putih , halia , sebiji bawang merah medium dipotong dadu , daun sup

cara-cara :: potong tauhu telur bulat-bulat , potong half semua bebola ikan , 
dah siap semua , panaskan periuk , letak minyak , 1st goreng tauhu telur, agak2 dah keemasan , masukkan bebola , goreng sekali , hehehe , then campak je bawang puting bersama halia , then masukkan bawang merah serta cili api , 
nak kasi pedas sikit , baru sedap , kalau tak pedas tak kawww 
waktu tu jangan kasi hangus tau , pandai2 jaga api , dah naik bau tu ,
jangan gaul beria sangat nanti tauhu tu pecah pulakk , sebab tauhu tu lembut sangat
then masukkan air , 
tunggu menggelegak , dah nampak macam dah cukup masak je ,
letaklah serbuk perasa dan garam secukup rasa 
pastu, masukkan daun sup then tutup api 
TADAAA ! 
dah pun siap , boleh dihidang serta merta

aku tak tau lah , orang lain biasa tak makan tauhu telur ,
tapi kalau mama aku , selalu prepare , 
ade je tauhu tu dalam peti kalau nak masak
eheee :3
kalau tak ade tauhu telur , aku ade banyak lagi resepi sup-sup malas ni
sebab aku sangat malas nak masak mende2 leceh
tapi kalau rajin tu kengkadang terlebih rajin masak pulakk
soon i'll update 
slot MASAKAN MALAS : ketika hujan turun #2 pulakk :)

so , kepada sesiapa yang nak try tu or dah try resepi ni 
silalah , dan jangan lupa tinggal komen
selamat mencuba

k bai ~