THIS IS INTAN HUWAINA OFFICIAL BLOGGER . BE NICE . BE GENTLE . BE SOFT . (:

Thursday, July 3, 2014

MASAKAN MALAS #2 : ketika hujan turun #1

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua 
sudah masuk 6 hari tempoh berpuasa kita 
bagi yang beragama islam 
dah nak masuk seminggu kan ? 
cepatnya masa berlalu 
hai selamat datang kepada readers sekalian ,
aku tahu kebanyakan orang hanya melawat pages je ,
ade sampai tak terkira view ,
 nampaknya ramai jugak guitarist seluruh dunia ni yupp yang dokk cari easy guitar chord macam aku ni , aku ingat aku sorang je suka mende senang-senang :3 
hahahaha 
tapi tak pe , aku still nak share jugak !
degil

okay , 
kerana hujan tidak menyiram bumi , 
tiada kesejukan air yang mencurah dari langit 
tiada angin kencang bertiup yang membawa awan tebal
tiada suasana suram dan kegelapan langit 
yang tinggal hanyalah , 
matahari membahang setiap pelosok penjuru bumi
dugaan yang perlu ditempuh sekali setahun
oleh setiap umat yang bergelar manusia 

 aku suka sangat suasana waktu hujan 
sejuk je :) 
kalau sejuk-sejuk ni mesti lah rasa macam lapar je kan ?
rasa macam mulut ni nak ngap-ngap something
rasa macam best je kalau dapat hirup sup 
kann ? 

aku ade satu resepi sup yang best nak masak waktu hujan-hujan
sebab kadang hujan kan kejap je , tak lama
jadi kalau nak menikmati sup bersama suasana tersebut 
masakan yang dibuat mestilah segera dan sedap di makan :)

SUP TAUHU TELUR MAMA

yes , sup tauhu telur !
eheee , sebab sedapp dihirupp suam 
tauhu telur yang lembut mencair didalam mulut , perghhh ! 
memang sedap , sangat sedap , tambahan hawa dingin yang sejuk
membuatkan rasa sup bertambah sedap .

so ? nak masak macam mana ?
okay , macam ni 

bahan-bahan :: tauhu telur , bebola ikan , garam , serbuk perasa , cili api , 2 ulas bawang putih , halia , sebiji bawang merah medium dipotong dadu , daun sup

cara-cara :: potong tauhu telur bulat-bulat , potong half semua bebola ikan , 
dah siap semua , panaskan periuk , letak minyak , 1st goreng tauhu telur, agak2 dah keemasan , masukkan bebola , goreng sekali , hehehe , then campak je bawang puting bersama halia , then masukkan bawang merah serta cili api , 
nak kasi pedas sikit , baru sedap , kalau tak pedas tak kawww 
waktu tu jangan kasi hangus tau , pandai2 jaga api , dah naik bau tu ,
jangan gaul beria sangat nanti tauhu tu pecah pulakk , sebab tauhu tu lembut sangat
then masukkan air , 
tunggu menggelegak , dah nampak macam dah cukup masak je ,
letaklah serbuk perasa dan garam secukup rasa 
pastu, masukkan daun sup then tutup api 
TADAAA ! 
dah pun siap , boleh dihidang serta merta

aku tak tau lah , orang lain biasa tak makan tauhu telur ,
tapi kalau mama aku , selalu prepare , 
ade je tauhu tu dalam peti kalau nak masak
eheee :3
kalau tak ade tauhu telur , aku ade banyak lagi resepi sup-sup malas ni
sebab aku sangat malas nak masak mende2 leceh
tapi kalau rajin tu kengkadang terlebih rajin masak pulakk
soon i'll update 
slot MASAKAN MALAS : ketika hujan turun #2 pulakk :)

so , kepada sesiapa yang nak try tu or dah try resepi ni 
silalah , dan jangan lupa tinggal komen
selamat mencuba

k bai ~

MASAKAN MALAS #1 : 3 in 1

as-salamualaikum bg readers muslim dan muslimah
hai geng , gurls, guys , and everyone !
 today post is about cooking ! 
yaaa ~ 
memasak 
merupakan perkara yang penting bagi insan yang bergelar perempuan
mahupun lelaki , even remaja pun kene tau masak tau 
yelahh , kan parent kadang2 keluar tinggal kita kat rumah
kita lapar then check dapur
pastu tak ade makanan yang tinggal
so , kenalah masak utk memenuhi keperluan 
perut yang sedang menjerit meminta diisi
(jangan buat macam tu pulak bulan puasa ni)
kebiasaannya mesti kita yang malas ni , masak mee segera je 
kalau kat rumah , aku rajin tumis mee segera tu 
tak sedap masak macam tu je , tak syokk , tak puas makan 
hahahahha.
apa? 
macam mana nak buat mee segera tumis ?
senang je

bahan-bahan :: bawang putih seulas , bawang merah medium sebiji , lada api 3 biji
 (ikutcitarasa masing2 la , aku suka pedas so bnyk cili) sebiji telur , 
beberapa helai sayur sawi ,minyak secukupnya utk menumis dan air

tu mmg paling simple lah , tapi kalau terlebih rajin , tambah fishcake , bebola ikan ke , udang ke , sotong ke , potongan ayam ke , sedap jugakk 

panaskan minyak ,tumis bwg putih then bawang merah , then masuk cili , kasi naik bau , 
masuk kan perisa mee segera , dah pecah minyak baru masuk air , tunggu melegak
masukkan mee , then tunggu kembang sikit , 
pecahkan telur masuk dalam tu , macam dah masak telur tu masuk sayur
TADAAAA !!
sedap dihidang sementara masih panas :3


kalau lagi malas , masak mee segera guna air panas je
tu memang malas tahap dewa
aku pun buat macam tu jugak kalau malas sangat
tapi tak bosan ke asek-asek makan mee segera
tak maggie , mee sedap 
tak mamee , ruski pun bantai , 
kannn , kann , kannnn ? 
 ni tau pasal mee segera ni since masuk sekolah asrama lagi 
tipu lah , kalau budak hostel tak makan
*mungkin ade tapi aorang dua je kot
lapar kot tengah-tengah malam kat hostel

okay ni macam dah melalut sangat ni 
actually aku nak share resepi lain 
sekarang resepi lain pulak aku tulis , haishh 
masak mee segera mostly semua orang boleh buat , 
sebab dah tulis macam malas je nak padam balik 
hehhehehe , 

okay , slot masakan malas kali ni ade lah 
resepi turun temurun dari generasi ke generasi
masakan simple tapi sedap gileee 
and heaven gila makan bersama nasi putih suam-suam kuku
terimalahhhh ~
SARDIN KICAP MAMA DA BEST !!
bersama SARDIN MERAH CILI API :3

bahan-bahan untuk SKMDB :: bawang putih , halia , bawang holland , cili merah dan hijau , ikan sardin(sedap yang besar) , air asam jawa ,kicap manis , kicap masin jika perlu ,
serbuk perasa ( ajinamoto ke pape ke )

bahan-bahan untuk SMCA : lebihan kuah tomato sardin , ikan sardin , cili api perbagai warna (suka pedas letak banyak ) , bawang merah kecik ( suka bawang letak banyak ) , 
limau nipis or limau kasturi ( pakai kasturi pun sedap jugak )

SARDIN KICAP MAMA DA BEST!!

cara-cara :
 panaskan minyak , then masukkan ikan sardin tadi ( tapi korang kene watchout sikit , ikan sardin tu meletup tau , korang nak masak kene perang lah sikit dengan minyak panas tu , tak pun , tutup kuali tu dengan tudung periuk ke pape ke ) , 
tunggu sehingga garing , then campak je halia bersama bawang putih , 
dah naik bau , terus masukkan kicap manis , gaul-gaul sikit , 
kasi rata , then letak serbuk perasa beserta air asam jawa 
(jgn letak bnyk sangat air asam, agak2 , kene balance rasa baru sedap) ,
 macam dah menggelegak sikit tu , masukkan bawang holland bersama cili tadi , 
tunggu kejap kasi bawang layu ,  
tapi jangan layu sangat nanti tak dapp pulak 
kalau rasa macam tak cukup masin , tambah kicap masin sikit 
(jangan tambah garam t dak berapa best rasa dia , tak kau mama aku cakap )
gaul2 sikit dan
TARAAA ! 
dah pun siap , bole hidang dah atas meja 
:3

SARDIN MERAH CILI API
yang ni tak payah masak , ni paling simple 

cara-cara : masukkan ikan sardin bersama kuah tomatonya kedalam sebuah mangkuk , campak cili api bersama bawang merah tadi , then perah asam limau secukupnya , letak garam secukup rasa , gaul-gaul , dan 
TADAAAA ! 
dah siap , boleh hidang terus fresh atas meja 

sebab ape resepi ni bersama , sebab nak elakkan pembaziran 
biasanya orang kalau masak sardin kicap ni 
dia tak guna kuah tomato yang ade dalam sardin 
aku tak tau lah orang lain buat ape dengan kuah tu , tapi 
kalau mama aku selalu buat macam ni masa kecik-kecik dulu
lagipun aku suka sardin mentah dari masak 
pelik kan ? 
hahhaa , pape pun , makanan jugakk 
so , that's all my sharing today , 
kalau korang try kat rumah 
jangan lupa leave komen kat bawah :)
letak gambar sekali ,

okay then , happy cooking to all
salam ramadan 

k bai ~

Monday, June 30, 2014

PEMBENIHAN HUJAN

hai geng guys gurls
bg yang muslim , Assalamualaikum
kembali lagi saya disini 
kembali menulis coretan yng tak seberapa ini 
setelah sekian lama tidak menjadi keyboard warrior ni
terasa agak janggal lah pulakk 
*tetiba rasa sangat skema

okay , berapa minggu yang lepas 
telah diumumkan bahawa negara kita, Malaysia akan mengalami fenomena el nino
apa itu el nino ?
okay, disebabkan sifat ingin tahu yang meluap-luap 
aku mencari jawapan dari encik google
disebabkan terlalu complicated utk di explain 
jadi saya telah meringkaskannya utk anda
pembaca blog saya 
*terima kasih membaca entri 

TENTANG EL NINO
  1. merupakan pemanasan permukaan air lautan pasifik
  2. pemanasan hanya sebanyak 0.5 celsius 
  3. purata fenomena berlaku adalah 5 tahun sekali 
  4. tempoh masa fenomena : 7 hingga 9 bulan
  5. jika fenomena itu melebihi tempoh diatas , ia dipanggil : el nino episodes
  6. Ia mepunyai pasangan yang mempunyai sifat vice versa dari dirinya iaitu :LA NINA
TANDA-TANDA EL NINO
  • tekanan permukaan lautan hindi , indonesia dan australia meningkat
  • tekanan udara bahagian melebihi tahiti dan kawasan pertengahan selebihnya serta ketimuran lautan pasifik menurun
  • angin pasat dibahagian selatan pasifik menurun atau menghala ke timur
  • udara panas meningkat berhampiran Peru , menyebabkan hujan pada bahagian utara Gurun Peruvian
  • air panas dalam laut merebak ke barat pasifik dan lautan hindi ke timur pasifik, ianya membawa hujan yang menyebabkan sebahagian besar kawasan barat pasifik dilanda arus udara sejuk dan kebiasaannya hujan pada kawasan kering di ketimuran pasifik

eh ? 
ni macam tak match je dengan tajuk entri kan ? 
hahaha , actually bukan nak cerita pasal el nino 
kita ni nak cerita pasal hujan :)
yelahh kan , kita manusia , bila panas nak ade hujan turun ,
bila hujan turun tak berhenti ,mula nak cuaca panas 
hahhhahha , nama manusia 
*manusia tak pernah puas*
kan sekarang ni cuaca sangat panas 
aircond pun tak rasa sangat 
kipas apetah lagi , ibarat tiup udara panas ke kita semula adelah
punya lah panasnya cuaca malaysia sekarang ni 
lagipun sekarang dah masuk bulan puasa
lagi lah panas kan , 
nama pun bulan ramadan
yang bermaksud "panas terik" 

tayangan berita minggu lepas tu menghantui aku actually 
yelahh , dia cakap cara untuk menganangani masalah ni 
dengan cara pembenihan hujan 

"PEMBENIHAN HUJAN"
tu lah perkataan yang aku capture 
macam mana nak benih hujan ?
tanam biji benih hujan dalam awan ke , pastu 
hujan turun dengan lebatnya 
tak pun macamni
ade mesin buat awan tebal-tebal
pastu berkumpul jadi hujan ?
seriously aku mmg tak paham dan nak tau sangat 
macam mana nak benihkan hujan buatan ni 
korang tak pelik ke , dan tak rasa ke nak tau pasal ni ? 




jadi aku pun jadi researcher lah kejap 
explore mostly website yang cerita pasal pembenihan hujan ni 
ni nak share ape yang aku dapat dari pembacaan aku 

1st thing yang wajib ade adalahh ..
AWAN
kalau awan tak ade , tak jadi lah pembenihan ni
jenis awan ? 
jenis awan yang biasa hujan dibenihkan adalah
TOWERING CUMULUS

ni lah contoh awan towering cumulus, macam menara kan ?
tinggi melangit 

cara pembenihan ? 
ade dua cara yang digunakan di malaysia 

1. pesawat udara menyembur garam biasa (NaCl) pada awan 
2. pembakaran higroskopik flare ( campuran NaCl , KCl dan MgO)
yang dipasang pada pesawat kecil dan terbang di bawah awan

kenapa guna NaCl , KCl and MgO semua tu ? 
sebab
bahan-bahan tersebut bertindak 
sebagai CLOUD CONDENSATION NUCLEI (CCN)
yang akan 
menarik, menyerap dan memegang wap air dalam atmospera 
bila dah banyakk dan berat 
maka wap air yang terkumpul akan turun menjadi hujan

KCl powder . putih macam tepung. 

MgO powder
mula aku ingat warna hitam , lupa kelas kimia dulu ,
 powder ni akan hitam bila kita bakar dia 

NaCl powder
ni garam biase je , yang selalu mak mak kita buat masak-masak tu


dan ade juga yang tertanya dakah hujan buatan ini selamat ? 
tak berasid ke ? tak bahaya ke ?
ade orang kata bahaya untuk kesihatan lah 
apelahh  
actually hujan tersebut seperti hujan biasa
dan tak bahaya pun , 
jadi semua khabar angin tu hanya khayalan semata
kalau nak penjelasan lebih secara kimia 
hujan dihasikan menggunakan garam , dimana 
garam adalah bahan yang neutral, pH7
bagi yang belajar kimia mesti paham
dan bagi yang tak belajar kimia pun akan paham
so jangan risau , ianya memang selamat :)

kalau korang nak tahu , 
nak benihkan hujan ni jugak menggunakan kos yang sangat tinggi tau 
sebab nak sewa pesawat udara tu lagi , 
pastu bahan kimia ( garam ) tu kene beli 
gaji pembawa pesawat udara tu lagi 
semua-semua tu dianggarkan bernilai 
RM20,000.00 - RM40,000.00 
itu kalau guna pesawat Cessna swasta 
kalau guna TUDM punya 
RM80,000.00 
HAMEK KAU ! 
mahal kan , aku pun mula ingat free ja 
rupanya makan belanja jugak yekk 

gambar sebagai hiasan , ni ade kat google aku main amek je
so kredit kat website aku amek 

jadi kat sini , kita hendak lah menghargai hujan 
kerana hujan merupakan satu rahmat 
tak kira apa jua cuaca yang kita lalui
kita hendaklah bersyukur 
setiap apa yang berlaku ade baik buruknya 
ade kesan dan impaknya
say Alhamdulillah , Thank you Allah :) 

sekian coretan , ilmu perlu dikongsi 
jangan kedekut 
terima kasih menjenguk
keep visiting for another entry 

Sunday, May 4, 2014

SEMESTER KETIGA ASPER UPM 2013 / 2014 ( part 1)

assalamualaikum 
bagi yang muslim yang sedang baca blog saya ini dan
HAI KORANG2 SEMUA !! 
*lambailambai

sorry sangat2 kat korang yang setia membaca blog ittew ni 
kita tak banyak update pun
al maklum lah last sem ni buzy sangat
dengan borang permohonan degree nya
gala dinner nya
test nya
final exam nya
jadi kurang cket masa terluang untuk menulis coretan
cewahhh*

before ni aku ade mention tak aku ni one of the highcommitte in ASPER9 ?
haha, maaflah , last semester baru nak bagi tau 
i'm actually
naib president ^^V
hahaha , mane ade lah , besar betul tanggungjawab tu 
aku sebenarnya 
TIMBALAN BIRO KEUSAHAWANAN
bagi korhot asper kali ni , hehe

bagi family asper yang besar ni 
mestilah ade orang yang lead , betul takk ? 
macm kat sekolah jugakk lah , ade ketua pengawas semua tu 
same goes here
kita ade president dan organisasi
yang diwakili 
oleh pelajar asper korhot itu sendiri 
untuk mengerakkan batch tersebut dengan 
aktiviti-aktivi yang dianjurkan oleh mereka sendiri
atau aktiviti lain-lain yang dianjurkan pihak asasi

aku ade anjurkan aktiviti for asperian
which is
DEDICATION DAY 
*dedicate some sweet things to your friends as memories*
macam perkhidmatan penghantaran macam tu 
best tau ~ sebab dapat sambutan
happy kowt buat aktiviti yang mengembirakan orang lain
rasa bahagia bila berjaya :)
penat tau nak buat event ni , segala laporan semua kene ade
fuhh!!
first time , 
buat kerja secara semi-formal sistematik dan detail
dan banyak lagi aktiviti yang dianjurkan 
tapi ni bukan aku anjurlah , aku bantu cket2 je
APPLE'S DAY dan HUNGER GAMES
apa ? 
igt malaysia tak bolehh main hunger games
belehh mehh 

itu cerita kepimpinan , ni nak story pasal belajar pulak
jangan suprise lah kalau  nak jawab chemistry
tak payah bawak kalkulator
kita belajar kimia organik bhaii ~
semua kene menghafal dan memaham dan menulis
math pulakk korang akan bergelut dengan ayat
pening kowt bila math penuh dengan ayat bukannya nombor
itulah statistik
yang lain macam biase lah , 
physics dengan litar dan formulanya
biology dengan DNA stucture dan genetic coding nya
komputer pun tak lupa tauu , 
kat sini kitorang belajar basic of computer sciences
belajar belaka html code, CCS semua2 tu 
pada sem last ni jugak lah kalau korang berminat nak berniaga
korang sesuai sangatlahh belajar subjek ni
pertanian dan keusahawanan
seronokk kowt , ade amali pasar tani
bestt !

kita tengah jual satay^^
 seronokk life kat sini ~
banyak bende baru belajar tau ,
macam-macam

oklah , 
losing ideas ~
t aku update post ni semula
eheee :3