THIS IS INTAN HUWAINA OFFICIAL BLOGGER . BE NICE . BE GENTLE . BE SOFT . (:

Tuesday, May 21, 2013

LEARN TO READ KOREAN IN 15 MINUTES ???!

okok . kepada k-popers sekalian .
kali nie . post saye berkaitan dengan 
bahasa yang sering menjadi perhatian korang semua .

KOREAN LANGUAGE

YEAH , thats right ! 
well walaupun 
aku pun dikategorikan sebagai kpopers jugak .
tapi aku tak lah tegar mane . 
sikit2 je . ade lah .
ngeee~

SERIUS .
sangat senang nak paham . aku tak sangka ade jugak genius untuk buat mende untuk permudahkan orang lain . mesti orang yang buat tu k-popers jugak . haha .
#memandai jer
okok . korang turuti gambar kat bawah nie ok (:
























HOPE NI DAPAT BANTU KORANG .
haha .
GOOD LUCK !

MARA-JPA OR JPA-MARA

title yang agak menarik kan ??
haaa.. kan sebelum nie orang kecoh pasal upu kan ??
#akupunsame
kali ni kepada semua pemohon pinjaman mara or biasiswa mara
resultnye dah kuar . semalam lagi haa . ramai lah yang check result tu . 
ade yang dapat ade yang tak . hurmmm .
kepada yang dapat tahniah . gunalah peluang dengan sebaiknye ,
bagi yang tak dapat . takpe . mungkin tiada rezeki tuh .
nak dijadikan cerita . 
aku nie pun salah seorang dari pemohon yang menunggu result scholar ni .
kan dah kuar result mara tu kan ?
aku un isi lah no ic kat kolum yang disediakan tu . 
dengan lafaz bismillah aku tekan .
TADA !



harap maaf . permohonan anda tidak dapat dipertimbangkan . apakah ?

HAH !
dengan rasa kecewa . aku masuk kn again no ic . 
perkataan sama jugak kuar .
aku berdukacita waktu tu . sedihnye .
memang dah tak de pilihan . upm lah menanti .
#ituyangakupikir
aku un say congrate lah kat membe2 aku yang dapat . deorang seme chillkan aku .
 aku un . oklha . terima aje .
mati mati ingat tulah result mara-jpa
but my classmate , amirah hamdan .
say that yang tu bukan mara jpa .
tapi aku tak percaya , sebab rasa sedih menggelumang diri ni .
but aku pun pelik lah . seme kawan yang mohon jpa-mara tak dapat ,
takkan itu satu kebetulan betul tak ?

then amirah pm aku lagi .
dia cakap yang kawan2 dia pun tak dapat .
so aku un mencari lah jawapan untuk semua persoalan 
yang berlegar-legar dalam kepala nie.
then aku bukak twitter search and search .
jumpelah conversation bebudak nie yang mengatakan 
result mara jpa tak keluar lagi .
perasaan sedih mula menghilang sedikit demi sedikit  .
ngeee~~
mirah pm lagi bg info yang mara-jpa kuar lewat .
aku tak tau bak cakap ape . tapi aku macam pulih seketika .
haha .
ade yang kata . result jpa-mara or mara-jpa kuar 23 nie
yang ni info aku tak tau lah betul ke tak .
hurmm . percaya jelah .

bila aku tgok kat group fb . 
post spm 2013
deorang pun cakap yang result tu hanya untuk program bawah mara sahaja .
mara-jpa or jpa-mara akan keluar lewat . tapi admin tu tak pulak kasi tarikh tetap .
hurmm , aku hanya mampu menunggu .
harap sangat result mara-jpa tu keluar sebelum 25 mei . atau pun awal lagi .
dekat sangat dengan tarikh penerimaan universiti yang lain .
pening dah kami semua nie ,
aku rasa bukan aku sorang je yang ade dalam dilema nie .
mesti ramai lagi . exspecially yang dah masuk UTP .
sekarang nie aku tengah buat je preparation masuk upm dulu . 
harap mara, mara-jpa , and jpa 
memperbaiki sistem kemasukan pelajar mereka nie dan
dapat kemukakan keputusan biasiswa lebih awal pada masa akan datang . 


YA ALLAH . 
aku sangat bersyukur , aku masih ade peluang lagi .
ada masa lagi untuk untuk berusaha iaitu berdoa .
aku berharap sangat dapat scholar tu . 
aminnnn .
pray for me too (:


Friday, May 17, 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU

yeay! upu dah keluar lah weh 
actually aku tak tau pun pasal upu nie kuar bile .
tau pun bila bukak muka buku dan ramai yang kecoh pasal U .
waktu tu aku rasa macam agak ketinggalan sikit sebab tak tau 
hahaha
okok .

semakan upu boleh buat disini
kat situ siap boleh pilih-pilih lagi nak check kat mane . #maju
tulis je no i/c korang dan 
TADA !
keluar belaka kat situ .
bebalik kepada result upu .
aku un agak excited and agak berdebar nak check actually
dengan teliti aku masukkan no i/c aku tadi 
and guess what .
aku dapat UPM
ASASI PERTANIAN 1 1/2 TAHUN


ini buktinye
KLIK UNTUK TUMBESARAN (:

sangat terkejut sebenarnya bila tengok result upu tu sebenarnya
yelah , asasi pertanian nie aku rase pilihan ke-3 aku 
agak sedih sebab aku tau yang aku gagal interview asasi alam bina UM
bila nama universiti pertanian malaysia yang keluar kat situ
tsk tsk tsk 
mesti aku nie agak takbur kan bagi korang . tak terima ape yang dah diberi .
biarlah nak kata apa . tapi aku still sedih pasal hal upu ni . 
course architecture yang aku idamkan tu dah mule kelam  dan malap
#bayangan aku je tu


tapi hakikatnye boleh je lagi nak sambung architecture tu 
aku je yang buat gelabah tak tentu pasal . haha . 
yelah . terkilan sikit sebab tak dapat masuk UM .
haha .
aku tenangkan diri aku dan be positive .
tak ade rezeki tu kowt nak masuk UM . haha
#sedapkan hati
but actually ok je kowt masuk UPM

ade satu lagi harapan aku nak masuk architecture ni . 
20 ni result MARA kuar .
aku hanya perlu berdoa dan tunggu dengan sabar .
hope so dapat lah mara .

thanks to my friends yang comfort kan aku pasal result upu aku ni
bersyukur dengan apa yang dapat .
tahniah kepada semua yang dapat tak kira lah asasi ke diploma ke
yang penting dapat kan ?
bagi yang tak dapat tu jangan kecewa .
jangan ingat masa depan korang akan gelap dan kelam .
 tak pun sebenarnya .
atas diri korang jugak . kalau korang nak berjaya .
usaha . tawakal . dan doa 
form 6 kan ada . yang lain2 tu pun ade .
bnyak lagi peluang . ok ok semua be positive .
yup !
positive (: